Movie

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah aku ingat dah taleh bukak blog aku ni tadi. Rupanya tengah maintenance. Hahaha mana la aku tau sebab aku ni baru ja lagi blogging. Ok la pasal tajuk dekat atas tu. Aku sebenarnya baru ja abis tengok movie dalam "Dalam Mihrab Cinta". Cerita ni tahun lepas. Ya aku memang "die hard fan" Habiburrahman El Shirazy. Alah yang tulis buku "Ayat-ayat cinta" dgn "Ketika Cinta Bertasbih" tu. Baru-baru ni aku search pasal dia. Terjumpa yang dia ada tulis dua novel baru. "Dalam Mihrab cinta" dgn "Bumi Cinta". 

Cara penyampaian dakwah melalui novel. Menarik golongan remaja rasanya. Moga Allah memberkati usaha beliau.

Hmmm aku ada cerita dekat member-member aku yang aku tengok cerita-cerita ni. Semua kata, "Perghh siot ko", "Makkk ai hang ni pasaipa?", "Tudia jiwang tak dak dah, hang ni apa taste macam perempuan ni?". Haaaa ada aku kisah? Hahaha.. Aku cuma baca cerita yang berunsur islamic novel, pastu tgk cerita yang ada "love" ni tapi cerita islamic ja. Ntah bila aku tengok cerita-cerita macam ni, aku dapat rasa sifat kecintaan kepada Allah tu menonjol dalam cerita macam ni. 

Apa-apa hal pon aku salute dekat "Mr" Habiburrahman ni sebab banyak idea bernas dia. Insyallah kalau orang yang cuba berjuang dekat jalan Allah tak kira apa jenis cara sekalipun, tulis novel ka, tok imam yang nasihat budak-budak suruh pegi masjid pastu kena  kutuk ka, x kisah sebab usaha ni akan dipermudahkan dan insyaAllah mendapat ganjaran yang besar dari Allah. 

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.

(Hadis Riwayat Muslim)

1 comment:

  1. aaaa aku dah tgk movie dalam mihrab cinta tu. NNt aku try buat kesimpulan daripada apa yang aku dapat la.. Hahah lain orang lain input yang korang dpt.. Kalau boleh share-share lah ye

    ReplyDelete