Salahkah?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah... Jumaat bertarikh 15 Julai 2011, rakan-rakan seperjuangan aku yang setahun bertungkus-lumus telah mendapat tempat masing-masing di IPTA masing-masing. Kalau tengok kat facebook, ada yang mengupdate status yang menunjukkan perasaan masing-masing. Ada yang seronok dengan tawaran yang telah ditetapkan dan tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan tawaran yang telah diberikan. Aku dimana? Alhamdulillah aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke USM dalam bidang kejuruteraan elektrik. 



Apahal ni der tetiba update entry baru tengah-tengah malam ni?

Haha.. Sebenarnya tak ada benda yang nak dibuat. Nak tidur tapi tak mengantuk lagi, jadi aku cuba paksa otak ni yang dah lama "berkarat" sebab cuti panjang.  

K aku nak cerita pasal member aku sorang ni...


______________________________________________

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Sewaktu sedang lepak-lepak, rakan aku memberitahu sesuatu kepada aku dan rakan aku yang lagi sorang. "Wei aku rasa aku ada suka sorang pompuan la", terkejut aku dengan rakan aku sorang lagi. "Laaaaaaaa.. hang ni belaja dulu bagi abih wei..", jawab aku. "Tapi benda ni macam satu beban la bagi aku", sambil mengupas kuaci. Lepas tu rakan aku yang seorang lagi menjawab, " tak salah wei hang suka pompuan tu". "Pulak dah sorang ni....", sampuk rakanku sambil tersenyum. " Ya la... Allah dah jadikan kita ni sebagai manusia dan manusia tu berperasaan, naluri tu wei. Kita tak boleh reject benda tu 100% dari kehidupan kita sebab tu fitrah manusia", aku mengangguk mendengar kenyataan rakanku.

Aku bertanya lagi, " sapa pompuan tu wei?". " Ahhh aku kenal gitu-gitu ja kat facebook", jawabnya. "Makkkk aiii apahai hang ni? Hang tak pernah jumpak lagi pon dah leh rasa pelik-pelik?", soalku dengan rasa hairan. " Tak ah.. aku ter"usha" gambar-gambar dia. Tak ada apa yang special pon. Sekadar bertudung labuh, pakaian sopan". Lepas tu aku menyindir rakanku, "Haaa elok.. lepas ni delete account facebook hang tu". 

Konklusi :

Ya Allah.. Seandainya dia telah diciptakan kau dan telah ditakdirkan menjadi rusuk kiriku, aku akan menerimanya dengan redha ya Allah. 



“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyaat (51) : 49).

4 comments: