Sabar dan Ikhlas


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Minta maaf sebab agak lama tak update entry baru kat blog ni. Kehabisan idea huhu. Tapi insyaAllah aku akan cuba untuk tulis entry yang baru ni sebaik mungkin. Bermula dari tanggal 1 Ogos 2011, seluruh umat Islam di seluruh dunia telah menjalankan rukun Islam yang ketiga, berpuasa di bulan Ramadan. Macam biasa la tiap-tiap tahun kalau masuk ja bulan ramadan, ada satu pasar yang "beroperasi" tiap-tiap petang. Apa lagi, bazar ramadan la. Tapi tak kurang jugak masalah yang sama tiap-tiap tahun. Tahun ni baru sekali aku pergi bazar ramadan pastu macam dah tawar hati nak pegi. Sebab apa? Sebab ada "segelintir" kaum hawa yang menyakitkan mata aku. Sekurang-kurangnya tolonglah hormat kaum adam yang ada dekat bazar tu. Takkan disebabkan benda tu pahala  puasa kami berkurangan?



Rasullullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud : "Berapa ramai orang yang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga." 
(Riwayat Ibn Majah)



__________________________________________________

Dengan nama Allah yang pengasih lagi maha penyayang
Seorang lelaki bernama Hamdan sedang termenung mengenangkan kisah lalunya. Dia merupakan adik bongsu daripada 4 org adik beradik. Ya... bukanlah satu keluarga yang besar. "Bongsu" yang ada dalam dirinya penuh dengan sifat manja terhadap keluarganya.

Dulu, di bulan ramadhan, ketika dia berumur 9 tahun... "adik nak minum air apa bukak puasa ni", soal ibunya. "Macam biasa la mak.. Amdan nak air milo", jawab anak kecil itu. "Haaii dah tadak air lain nak minum dah?", soal si ibu. "Air tu la sedap.....", jawab si kecil sambil berlari keluar untuk bermain dengan rakan-rakannya. Ibunya hanya menatap wajah anak kecilnya itu dari jauh sambil berkata dalam hatinya, "Ya Allah kau bukakanlah pintu hati anakku ini dan jadikanlah dia anak yang soleh".

Setelah selesai berbuka, Hamdan, ibu dan ayahnya menunaikan solat maghrib. Selepas si ayah membacakan doa dan doa itu di-aminkan, si ibu memanggil Hamdan untuk duduk di atas riba ibunya. Bacaan selawat dibaca di cuping telinga anak bongsunya itu. Waktu itu Hamdan hanyalah budak biasa yang belum mumayiz. Solat yang dilakukan juga dalam keadaan main-main. Si ibu berpesan, " adik, pergi sekolah belajar rajin-rajin tau". "Baik mak", kemudiannya bergegas menuju ke televisyen untuk melakukan rutin hariannya, bermain playstation.

Perkara itulah yang berlaku setiap tahun sehinggalah ketika dia berumur 15 tahun. Ketika itu dia sedang memasukkan basikal yang digunakan setiap hari untuk ke sekolah, "Makkk Amdan nak air milo", secara spontan ungkapan tu terungkap dari mulutnya. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Setelah beberapa saat tersentak dengan ungkapan itu, barulah dia sedar bahawa orang yang melahirkannya itu telah meninggalkan dia untuk selama-lamanya beberapa bulan yang lalu bertemu dengan illahi. 

Jika kakak dan abang Hamdan balik ke rumah, kadang-kadang dirinya merasa iri hati kerana mereka mengadu bahawa menemui ibu dalam mimpi. Tapi Hamdan langsung tidak pernah. Setiap pagi 1 Syawal yang dilalui, air mata mengalir tatkala terkenangkan arwah ibunya yang sibuk menyediakan makanan dan mengemas rumah. "Amdan, tolong ambikkan penyapu dengan penyodok dekat dapur".

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diambil pada tahun itu seolah-olah tidak dihiraukan. Bagi Hamdan pada waktu itu, "Aaahhh aku belajar biasa-biasa ja.. cukup-cukup makan sudah la". Tetapi alhamdulillah keputusan 4A 4B yang diperoleh melayakkan dirinya untuk memasuki kelas aliran sains. Tetapi begitulah pemikiran Hamdan sewaktu dia berada di Tingkatan 4 dan awal Tingkatan 5, "Cukup-cukup makan sudah laaa". Kesedihan kehilangan ibu yang tersayang masih tidak dapat dilupakan walaupun sudah setahun lebih berlalu. 

Sehinggalah satu malam, selepas siaran berita tamat, TV3 menyiarkan satu filem yang bertajuk, "Ayat-ayat cinta". "Hmmm dah tak ada cerita lain dah ka tv ni nak tayang?", soal Hamdan di dalam hatinya. Dialih-alihkan siaran menggunakan "remote control" di tangannya. Tapi tiada cerita yang menarik untuk ditonton. Akhirnya dia mengalihkan siaran ke TV3. Setelah 10 minit menonton filem itu, "Hmmm boleh tahan laa". Sewaktu watak utama filem itu dipenjarakan, ada satu babak yang telah menyentuh hati kecil Hamdan. Dialog antara banduan tua dengan Fakhri,

“Kamu tahu Fahri, apa yang sedang terjadi pada dirimu saat ini?”
“Aku difitnah…!”
“Tidak…! Tapi, ketahuilah, bahwa sesungguhnya, saat ini Allah sedang berbicara kepadamu ! Dia berbicara kepadamu lewat penderitaanmu. Dia sedang mengajarimu arti sebuah kesombongan”
“Apa yang aku sombongkan? Aku tidak punya apa-apa. Aku bantu perempuan itu, karena aku menghormati perempuan. Tapi lihat, apa balasannya kepadaku? Dia memfitnahku!”
“Itulah kesombonganmu..! Kamu merasa paling benar! Merasa paling suci! Ingat, ketika Nabi Yusuf dipenjara karena difitnah oleh Zulaikha? Beliau lebih memilih dipenjara. Dalam doanya, beliau berkata: “Ya Allah, jika penjara lebih baik bagiku daripada di alam bebas, maka aku ikhlas menerimanya”. Lihat Fahri, Nabi Yusuf lebih memilih berada di penjara, asal bisa tetap dekat dengan Allah, daripada di alam bebas, tapi berkumpul dengan orang-orang yang penuh dusta!”
“Lantas, aku harus bagaimana?”
“Kamu harus sabar dan ikhlas Fahri, karena itulah inti Islam. Saat ini, kesabaran dan keikhlasanmu atas hidupmu sedang diuji. Jangan pernah putus asa. Jadi ingat, SABAR DAN IKHLAS, ITULAH ISLAM!”

"Astagfirullahalazim...", ucap hati kecil Hamdan. "Ya Allah selama ini aku tak ikhlas dan redha dengan takdirMu Ya Allah..."......
"Hamdan... sini kejap"

Lamunan panjangnya terhenti kerana terdengar panggilan ayahnya. Bingkas bangun daripada katil dan terus pergi ke ayahnya. Kini Hamdan sudah pun berusia 19 tahun. Baru tamat pengajian di kolej matrikulasi dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Tidak lama lagi memegang status "siswa" di universiti di Malaysia. Alhamdulillah dia sudah dapat menerima takdir yang telah Allah tetapkan kepada dirinya. Tapi memerlukan masa yang panjang...

Konklusi :


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
  

9 comments:

  1. super duper like..
    ni kisah benar or smetin related to ur life??
    just askin'

    ReplyDelete
  2. rekaan.. tapi ada la berkait sikit

    ReplyDelete
  3. part dialog ayat2 cinta tu yg best...smpy skrg aku ingt:p

    ReplyDelete
  4. mmg mainpoint cerita ni nk tunjuk dialog tu pon haha

    ReplyDelete
  5. haha..sengal..aku bajet cite tu

    ReplyDelete
  6. terselit pengalaman kehidupan yg telah kulalui tanpa kehadiran seorang ayah...
    mungkin perit, tapi itulah yang menjadikan aku, aku yang sekarang.
    :D

    ReplyDelete
  7. allah takkan duga kalau kita tak mampu :D

    ReplyDelete