بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Haaaa semalam result aku klua. Ok-ok ja result aku. Aku ada cerita nak share kat sini. Cerita pasal rakan aku. Tp sebelum tu ada cerita pendek yang lawak aku nk kongsi. Sewaktu kawan-kawan matrik dan diri aku sendiri tengah gelabah nak tengok result yang x boleh...
Aku : Assalamualaikum
Suara : Walaikumsalam, Ni Kolej Matrikulasi Negeri 9. Ada apa boleh saya tolong?
Aku : Saya bekas pelajar matrik ni. Saya nak tanya keputusan peperiksaan baru-baru ni.
Suara : kjp erkk..
aku dapat dengar perbualan "suara" tadi dengan kawan dia yang lagi sorang. Tanya macam mana nak guna komputer kot.
Suara : Aaaa.. Dik akak tak tau la result dah keluar ke belum.
Aku : Result keluar harini kak. Saya ada baca dekat MOE.
Suara : maaf dik sini pondok pengawal, kalau nak tau result ke ape benda sila contact pejabat ye dik.
aku : ( mak ai terkilan )
@@ Aku ingatkan kerani. Polite abis waktu aku dgr suara tu. Da la tgh takut nak ambik result.
--------------------------------------------------
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Aku nak berkongsi cerita tentang rakan aku. Macam yang kita semua tau, semalam bekas-bekas pelajar matrikulasi sesi 2010/2011 dah dapat keputusan masing-masing. Aku ada seorang rakan, tak perlu la aku bagi tau nama. Sehari sebelum peperiksaan dia kata dekat aku, "Aduh Am, aku rasa aku tak akan dapat 4 plat lagi sem ni. Aku waktu exam, boleh jawab ja. Pastu aku dah tak bermaya nak recheck balik. Rasa macam diri ni lemah. Ibarat ada Sith (watak jahat Star Wars) sedut force aku". Aku hanya mendengar.
Selepas itu, dia menceritakan tentang perilakunya dia matrikulasi ( tak perlulah diberitahu matrik mana ).
"Aku rasa, aku banyak berdosa dengan orang sekeliling aku. Cikgu-cikgu...". Aku tanya apa yang yang ko dah buat? Dia cakap, "Aku menyesal sebab tak pernah buat kerja yang cikgu bagi, mungkin sem 1 haritu 4 plat rezeki aku. Tapi aku dapat rasa sem 2 ni, aduh...". Aku hanya mendengar rintihan rakanku ini. "Lagi satu, kalau ada orang tanya soalan dekat aku, aku hanya akan jawab apa yang aku tau, kalau tak tau, aku buat tak tahu. Padahal aku rasa benda tu aku boleh cari kat dalam buku. Pentingkan diri sendiri kan?". "Setiap malam sepanjang exam week, aku termenung dekat belakang surau matrikulasi aku. Aku boleh muhasabah diri ja waktu tu. Kekadang aku rasa bersyukur sebab Allah kurniakan aku kesedaran macam ni. Aku tekad nak ubah diri aku ni", sambung rakanku lagi.
Pada malam sebelum keputusan diumumkan, dia memberitahu aku. "Wei, aku dah nekad. Apa pun yang jadi, aku dah tak kisah. Pengajaran hidup aku. Dapat 3.5 pon aku rasa bersyukur".
Keesokannya, selepas subuh, rakanku tidak lagi mampu untuk tidur dek kerana terlalu takut menunggu keputusan sedangkan dia tidur lewat semalam. Sementara dia menunggu keputusan, dia melayari facebook. Macam-macam reaksi yang dijumpai. Dan tepat pada pukul 10 pagi, seorang lagi rakanku menghantar URL lawan web yang memberitahu keputusan akan ditunda pada pukul 12 tgh hari. Tapi, pada tepat pukul 12 tengah hari, berpuluh-puluh comment di wall kuliah rakanku itu ibarat diserang tsunami. Berpuluh-puluh? Mungkin mencecah 100 atau lebih. Dan perkara itu berlanjutan sehingga pukul 4.00 ptg. "Aduhhhh.. tunggu punya tunggu, aku lupa semayang zohor", kata rakanku itu. Sewaktu rakanku itu sedang mandi, terdengar satu panggilan dari rakanku, Syafiq. "Wei result dah boleh bukak la. Bak sini no ic dgn no matrik". Bergegas rakanku bersiap-siap.
Setelah no matrik dan no ic dimasukkan. Satu keputusan telah keluar. "Wei Syafiq, ni keputusan aku sem lepas la", kata rakanku. "Owhhh ya ka? kk kita buat lain". Selepas itu, keputusan yang sama keluar. Setelah diperhatikan betul-betul, "YAAA ALLAH!!! NI RESULT AKU SEM 2!!! Air mata yang hampir mengalir hanya ditahan. Cover macho kononnya. Selepas itu dia menunaikan solat zohor yang hampir terlajak. Aku dapat melihat sujud pada rakaat terakhir dilakukan dgn begitu lama.
"Subhanallah maha suci Allah yang telah menjadikan langit dan bumi, Sesungguhnya sifat Ar-Razzaq-Mu adalah nyata. Aku hanya hambamu yang lemah yang telah dijadikan untuk menyembah-Mu Ya Rahman Ya Rahim Ya Qayyum. Aku bersyukur atas rezeki yang Kau curahkan kepadaku. Walaupun setiap saat ku ucapkan Alhamdulillah, tidak akan sama dengan segala nikmat yang Kau berikan padaku"
Konklusi :
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Surah Al-Talaq : ayat 2-3
xda butang 'like' ke?
ReplyDeletehaha.. x de
ReplyDeleteteroskan lgi..tulis kisah2 cmni.. :)
ReplyDeleteinsyaAllah
ReplyDeleteidola la am ni
ReplyDelete