Senang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Apa-apa hal, macam biasa aku nak berleter sikit kt intro entry ni haha. Tadi ada eksiden. Agak teruk sebab budak tu putus jari kaki. Agak meremang bulu roma aku. Ya la sebab aku ni jenis penakut darah (hemophobic ). Hahaha betul ke istilah tu? K apa-apa hal pon aku nak cakap pasal tajuk dekat atas tu. 



Apa yang senang? Senang sinonimnya adalah MUDAH. Bukan mudah.my.. Dan apa sebenarnya yang mudah? 

Sebelum aku post entry ni, ada satu comment di account facebook kawan aku. Dalam comment tu disebut "ISLAM ITU MUDAH". Sememangnya terbaek dari ladang punya statement. Bila aku terpandang ja penyataan tu, aku teringat tentang tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mukhlis di Matrikulasi aku dulu. Tapi sebelum aku mula cerita pasal isi tajuk kat atas tu, aku pernah kena tegur dengan ustaz sebab tak salin apa yang dia cakap. Lebih kurang macam ni la :

Ustaz : Waaaah... kamu ni camera ke video recorder?

... tercengang aku dengar ustaz cakap macam tu sebab mata dia tepat merenung ke arah aku.

Aku : Erkk... (speechless)
Ustaz : Awak ingat mata awak, telinga awak cukup suci ke nak ingat apa yang saya nak sampaikan ni?

lepas ja ustaz cakap macam ni, aku boleh dengar budak-budak lain gelak-gelak. Aku bukannya tak nak salin, tapi aku rasa belum ada input yang aku kena salin. Tapi waktu tu dah ramai budak-budak pegang pen dengan pensil. Dengar ja ustaz cakap macam tu kat aku, terus aku salin sikit-sikit. Serius.. Aku berlakon ja pegang pen sepanjang tazkirah tu. Tapi Alhamdulillah aku dapat focus tentang benda-benda penting dalam kuliah tu. Teruk kan aku? Egois. Tapi ada betulnya jugak apa yang Ustaz Mukhlis cakap tu. Aku ni bukannya Imam Syafie yang Allah S.W.T kurniakan kepandaian boleh menghafal semua hadis yang diajarkan oleh Imam Malik dengan sekadar menulis tanpa dakwat di tangan. Sekarang ni, kalau aku pegi ceramah atau apa-apa, kalau tak ada buku dengan pen, henset murah ni pon jadi aku tulis note. Simpan kat draft haha


Panjang sangat aku berleter? Baca dari sini pon dah cukup.
_______________________________________________________

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Tepat pada pukul 11 pagi, hari khamis, lupa tarikh, aku dengan budak-budak praktikum aku dan budak-budak F2P5 diarah untuk pergi ke surau sebab ustazah yang biasanya mengendalikan kami tidak dapat datang mengajar atas faktor kesihatan. Jadi kelas pada pagi itu diganti oleh Ustaz Mukhlis. Pada pagi tu kami diajar mengenai "Akhlak seorang muslim". Ustaz menerangkan bahawa segala yang baik itu sebenarnya datang dari Allah S.W.T tidak kira dari segi akhlak ataupun hal-hal lain. 

Sewaktu tazkirah diberikan, aku tertarik pada satu jenis contoh yang diutarakan oleh ustaz :

"Islam boleh dipraktikkan di mana sahaja, tidak kira tempat, waktu, masa mahupun zaman"

Lepas tu kami disuruh berfikir apa contoh berdasarkan apa yang ustaz sebutkan tadi. Tapi disebabkan tiada orang yang berani ( maklumlah ustaz garang haha ), pastu ustaz sebut "Pakaian". Macam yang kita semua tau, mengikut apa yang telah dibawa budaya barat, kalau ada majlis, pakaian yang dipakai mestilah bersesuaian. Sama la juga kalau kita nak pergi berjalan-jalan, riadah, ataupun duduk di rumah, ada pakaian tertentu yang perlu dipakai. Tapi dalam Islam, MUDAH. Selagi pakaian tu menutup aurat, bersih, sedap mata memandang, dah cukup untuk dibawa ke majlis ataupun berjalan-jalan.

Contoh kedua yang diberikan adalah "Menegur orang lain". Selalunya orang akan cakap selamat pagi, selamat tengah hari, selamat malam, selamat petang. Kekadang aku tengok ada yang terpaksa tengok jam kerana takut-takut tersilap sebut. Tapi Islam MUDAH ja. Tak kira waktu, kita hanya perlu menyebut "Assalamualaikum" yang bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu. Tak perlu susah payah tengok jam. 

Islam juga MUDAH dari segi "bertaubat". Pernah dulu Saidina Ali ditanya oleh seseorang : 



"Berapakah kepantasan kilat menyambar ?"


Saidina Ali menyahut,"Tidak lebih cepat dari dosa seorang makhluk yg diampunkan oleh Penciptanya."


Konklusi : 


Beruntungkan kita yang bergama Islam. Apa yang nak dibanggakan sangat dengan agama lain yang membolehkan diorang minum arak, bergaul secara bebas, padahal benda tu bagi banyak keburukan. Islam agama yang mudah tapi lengkap merangkumi semua kehidupan kita. "Islam" adalah nikmat yang paling berharga untuk kita. Jadi, kita harus bersyukur kepada Allah. Tambah-tambah lagi yang baru convert dari agama lain ke Islam sebab Allah telah memilih kita untuk menerima hidayah-Nya. AlhamdulillahirobbilAlamin. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan seluruh alam.

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.

No comments:

Post a Comment