Tak Sabar


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Fuhhh dah berapa hari panas, hari ni tetiba.. satu hari panas. Abis semua aktiviti aku kat luar cancel. Pastu aku try la surf kt internet mana nak tau ada apa-apa benda yang menarik boleh share dgn korang. Pastu aku teringat apa yang aku dapat waktu usrah dekat matrik aritu. Aku tak ingat semua tapi aku ingat pasal ayat ni "Bani Israel menangkap ikan pada hari sabtu walaupun dilarang". Hahah ini je aku ingat. Jadi aku try la surf kat internet. Ni cerita yang aku dapat :

---------------------------------------------------------------------------------






Orang-orang Israel taat dengan perintah dan larangan Allah itu. Mereka takut akan ditimpakan azab yang dahsyat jika mereka engkar. Tetapi Allah yang Maha Bijaksana ingin menguji sajauh mana keimanan dan ketaatan mereka padaNya.
 Oleh itu Allah telah menjadikan banyak ikan pada hari Sabtu dengan jenis dan rupa tetapi tidak pada hari-hari lain. Orang-orang Israel merasa seronok melihat ikan-ikan itu kerana itu merupakan sumber makanan dan pendapatan mereka. Tetapi apakan daya, Allah telah melarang mereka turun ke laut pada hari Sabtu Dan pada masa ini mereka masih mampu untuk mempertahankan ketaatan mereka kepada Allah.
 Keadaan itu menyebabkan orang Israel turun ke pantai beramai-ramai untuk menyaksikan aksi ikan-ikan tersebut sehinggakan seolah-olah satu keramaian diadakan di tepi pantai.  Keinginan mereka untuk menagkap ikan-ikan itu melonjak-lonjak dalam hati mereka. Walau bagaimana pun mereka hanya mampu menonton sahaja. Mereka terpaksa memendam keinginan dan perasaan geram mereka.  Dalam keseronokan mereka bertemasya itu, sekonyong-konyong datanglah seekor iblis laknatullah dengan menjelmakan dirinya sebagai seorang lelaki. Dia menyusup masuk melalui celah-celah orang ramai dan berpura-pura tidak tahu apakah yang berlaku. Lalu dia pura-pura bertanya, “Apakah yang sedang terjadi, mengapa kamu semua berkumpul beramai-ramai di sini?”
 Lalu mereka menceritakan kisah sebenarnya. Mendengar jawapan yang sedia diketahuinya, Iblis bertanya lagi, “Mengapa kamu tidak menangkap saja ikan-ikan itu?”
 Bani Israel menjawab, “Allah melarang kami menagkap ikan pada hari Sabtu dan kami tidak akan melanggar larangan Allah.” Iblis mengangguk berpura-pura faham.
 Lantas ia menusukkan jarumnya, “Kalau begitu, kamu masih ada peluang untuk menangkap ikan-ikan itu dan terlepas dari larangan Allah. Begini caranya, kamu galilah parit dari kawasan pantai hingga ke darat, tentu ikan-ikan itu akan berenang ke dalam parit itu. Kemudian buatlah satu sekatan untuk mengelakkan ikan-ikan itu daripada keluar ke laut dan tangkaplah pada keesokannya.”
 Tanpa berfikir panjang mereka terus menerima cadangan itu dan melakukan apa yang dicadangkan oleh iblis tadi. Nabi Musa A.S. melarang sekeras-kerasnya perbuatan kaumnya itu kerana seolah-olah mahu menipu Allah. Akan tetapi Bani Israel yang mempunyai sekeras batu itu tidak menghirau langsung larangan nabi mereka. Akibatnya, Allah terus menukarkan mereka menjadi beruk dan kera yang hina di atas kedegilan mereka untuk menunjukkan kekuasaanNya.
 Firman Allah dalam surah Al Baqarah:

 “Sesungguhnya kamu telah mengetahui bagaimana balasan Tuhan ke atas orang-orang yang melanggar perintahNya pada hari Sabtu, lantas Kami katakan kepada mereka, jadilah mereka kera yang hina.” Al Baqarah:65









 Begitulah Bani Israel. Walau bagaimana baik pun mereka, mereka tetap kaum yang dilaknat oleh Allah. Dan usaha mereka untuk menghancurkan Islam tidak akan padam buat selama-lamanya. Mereka akan merasa benci apabila melihat umat Islam saling berkasih sayang tetapi akan bersorak kegembiraan apabila melihat umat Islam saling bertelagah.
---------------------------------------------------------------------------------

Konklusi : Ingat... Syaitan dah makan garam lagi lama dari kita. Jadi macam-macam idea yang bernas yang dia guna ganggu pemikiran kita. Jadi try pegang prinsip "Pokok kaktus yang berduri dan kepompong hina pada hari ini adalah bunga kaktus yang cantik dan rama-rama yang indah pada esoknya". Banyakkan berdoa agar diri kita ni dapat menghadapi ujian Allah dengan penuh kesabaran. :D









“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

3 comments:

  1. aku suke cerita ni :)

    ReplyDelete
  2. aku pon suka gak, xpe tak meen?
    haha

    arm,yg lg 1 crite psl ikan tu kaw igt x?

    ReplyDelete
  3. haha... bgos2.. rajin2 baca post2 aku

    ReplyDelete