Gitar






بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Ehem... Aku ada terjumpa satu comment dekat account facebook aku. 


"Setiap tali yang dipetik akan melahirkan satu anak setan!". 


Fuh.. Agak kasar la jugak haha tapi aku tau member aku tu main-main je dengan aku. Sebenarnya sebelum ni, waktu perbincangan usrah dekat matrik negeri 9 aritu, aku ada tanya :


"Abang Muhannad, gitar tu sebenarnya haram ke tak? Sebab semua orang kata haram. Tapi saya minat main gitar. Harap abang Muhannad & member usrah yang lain boleh terangkan sikit"


Abang Muhannad tersenyum jugak dengar soalan tu. Pastu dia tanya, "Asl Am suka main gitar ke?". Aku jawab, "ada la minat sikit, ingat nak belajar". 


"Sebenarnya macam ni, tak ada dalil yang jelas yang mengatakan gitar tu haram", kata Abang Muhannad. Waaaaa chance... "Abis tu kenapa ada ustaz-ustaz yang kata gitar tu haram?", erk aku tanya balik sebab sebelum ni aku ada terdengar gitar tu haram. Abang Muhannad gelak-gelak pastu dia cakap kt aku, " Ada hadith yang menyatakan gitar tu haram tapi hadith tu sesahihannya diragui. Oooo...


Tapi malam tadi waktu aku tengah main gitar sorang, terfikir gak aku, hadith yang mana satu ni? huhu agak-agak korang kalau aku stop sini mesti agak tensen la kan. Pastu aku terus taip dekat google "Hukum bermain gitar". Ni yang aku dapat :


No 1 :


Hadith yg melarangnya ialah hadith Al-Bukhari dari Abu Malik alAsy'ari:





" sungguh akan terjadi satu kaum dari ummatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik petik." (Bukhari: bab Asyribah, # 5590). Hadith ini mu'allaq (tanpa sanad) dan ia menjadi khilaf di kalangan ahli hadith sama ada hadith ini boleh dijadikan hujah.



Ibn Hazm dan Al-Imam Al-Qardhawi (Fiqh alGhinaa' wal Musiqii) mengatakan hadith ini tidak boleh dijadikan hujah kerana kecacatannya kerana dalam jalur periwayatannya terdapat perawi bernama Hisyam bin Amar, perawi Syria yang bermasalah. Ini diakui sendiri oleh Ibn Hajar dalam Hadyu Sari/448.



Maka gitar tidak haram pada zatnya (fizikal gitar itu). Ini bermakna hukum bermain gitar itu tidaklah haram. Ia sama spt motor atau kereta. Keduanya harus dan halal. Tapi jika kereta itu digunakan utk lumba haram, utk bermegah-megah, utk ke Pub dan nightclub, maka itu dinamakan salah guna. Begitu juga gitar tadi, lagu apa yg dimainkan, apakah imej seorang pemain gitar di mata masyarakat? suasana gitar itu dipetik...itulah yg perlu dikaitkan.



Tapi hukum gitar dan petikan gitar ..tidaklah ada masalah. Ia menjadi masalah bila dikaitkan dgn utk apa, kenapa, di mana, bagaimana, dalam suasana apa, lagu apa?


No 2 :
Begini saudara bebudak. Sebenarnya aku dah banyak cari maklumat pasal hukum main gitar ni. Aku minat gitar sejak dari kecik lagi. Tapi parents aku tak bagi aku main gitar atau bawak balik gitar ke rumah, sebab katanya haram hukumnya bermain gitar. Tetapi oleh kerana aku ni minat sangat nak main gitar, aku pun cari pasal hukum main gitar. Tapi aku tak jumpa sumber yang soheh mengatakan hukum bermain gitar itu haram.
Sampailah satu ketika aku tengok Al-Kuliyyah TV3 yang membincangkan tentang alat muzik. Masa tu aku tengok ngan mak aku. Tiba di part gitar. kata pengerusi al-kuliyyah (tak ingat nama tapi beliau seorang hafiz al-Quran), main gitar itu hukumnya harus. Aku pun dengan nada terkejut sampai terbeliak biji mata kegirangan, terus tanya mak aku di sebelah (sebab aku nakkan kepastian). Mak aku pun pelik, sebab selama ni yang dia tahu hukum bermain gitar itu haram.
Aku pun terus call al-kuliyyah (kebetulan dia buka talian untuk sebarang kemusykilan), tapi tak dapat, sampai habis siaran. Aku pun tanya lagi mak aku, dia diam.
Alternatifnya, aku pun (dek kerana minat sangat ngan gitar) call pejabat agama negeri Pahang (sebab masa tu aku dok kat Kuantan) bertanyakan hal ni.
Dari situ saya bincang dengan seorang ustaz. Panjanglah perbincangan dengannya melalui telefon.
Dari perbincangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa hukum bermain gitar itu adalah harus. Namun, akan jatuh haram apabila ianya melekakan daripada mengingati Tuhan, lagha, mencetus maksiat, dan sebagainya.
Kemudian, aku dapat peluang melanjutkan pengajian di IPT. Aku tanya ustaz aku masa aku belajar di Kota Bharu. Hukumnya sama, harus. Katanya, kalau main gitar tu untuk tujuan yang menuju ke arah maksiat, haram hukumnya. Tapi katanya lagi, kalau kita main gitar untuk kita sendiri, sebagai hiburan untuk kita, dan tidak melekakan, harus hukumnya.
Namun begitu, ramai yang mengatakan, kalau terdapat banyak pendapat, sehingga jatuh syubhah, lebih baik ditinggalkan. Aku pun akur dengan penyataan tersebut.
Tapi terpulanglah kepada masing-masing. Aku minat bermain gitar, aku suka bermain gitar. Aku main gitar untuk diri aku sendiri. Aku main perlahan-lahan, tidak mengganggu sesiapa sama ada isteri, jiran-jiran mahupun masyarakat. Aku tidak leka dan tidak lagha dalam bermain gitar. Aku rasa aku sentiasa dapat bahagi masa antara tanggungjawab dan hiburan. Insya-Allah aku akan sentiasa menjaga masa aku dengan baik.
Konklusi : Ehem aku yakin aku pon boleh jaga masa aku dengan baik Insya-allah. Jadi bergantungla kepada niat kita ek. Berhibur tu diharuskan dalam Islam. Bukan main cakap ja ni, sebab masa zaman Rasulullah S.A.W dulu, ada satu majlis yang sahabat bermain kompang, Rasulullah S.A.W tak kata apa-apa. Tapi ingat, kalau dah sampai melalaikan atau boleh jadi punca kemungkaran yang lain macam pergaulan bebas, yaaaa absolutely, HARAM! 

Sungha jung, haha aku harap aku leh main macam dia

2 comments:

  1. jel.. kocik sgt front hang..ce kasi besar sket..

    ReplyDelete
  2. laaaa... tekan CTRL button pastu scroll mouse... dpt zoom

    ReplyDelete