Kate Middleton

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Panas weii... Da satu hari panas. Haaa memang betol Perak ni terutama Taiping ni antara tempat tadahan hujan, tapi kalau dah datang panas & bahang, lagi teruk dari Negeri 9 rasanya haha. Waktu aku jaga kedai tengah hari tadi, ada la pelanggan datang kedai. Pastu ada la salah sorang daripada pelanggan tu bersembang-sembang dengan aku sambil cari barang yang dia nk beli. Dia cakap, "waaaaaaa panaih betoi harini, sat gi malam hujan ni, tapi sementara nak tunggu malam tu merana jugak la". Pastu sorang lagi pelanggan tu sambil gelak-gelak tegur pelanggan yang bercakap tadi, "Baru panas dunia ni, belum lagi panas masyar dengan neraka ni".  Pergh da lari tajuk


Haaa pasal tajuk...


Haaa cakap pasal Kate Middleton, heboh satu dunia dia kawin dengan Putera William. Terpampang la gamba dorang kawin dekat surat khabar, berita, iklan-iklan. Pastu waktu aku baca surat khabar Metro harini, ada satu comment pembaca. Lebih kurang macam ni la :


"Saya rasa la gaun yang dipakai oleh Kate lagi sopan daripada artis melayu kita"

Hahaha walaupun Kate tu tak bertudung, tapi kurang-kurang dia tak la dedah benda-benda lain. Cuba try baca bahagian hiburan kat surat khabar mana-mana, macam-macam gaya artis-artis kita ni.

Aku ada terbaca dekat internet :

"Tutuplah aurat kamu sebelum ianya ditutup dengan kain kapan"



"Bahawa perempuan itu memakai suatu yang 'menjolok' mata, sebenarnya dia hanya menarik nafsu si lelaki, bukanlah diri mereka sepenuhnya"

Allah berfirman,"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nuur 24:30)

Allah berfirman,"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"(An-Nuur 24:31)


--------------------------------------------------------------------------

Konklusi : Jd pakaila pakaian yang elok-elok...  :-D

No comments:

Post a Comment