بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Harini, aku pegi sekolah nak ambik sijil SPM. Shahir dengan Afiq pon join skali. Segan kot sorang=sorang nak masuk dalam tu. Hahaha. AD136 A051, nombor keramat aku waktu dekat dewan peperiksaan. Lepas ja ambik sijil tu, aku dgn Afiq pegi bilik guru nak jumpa dgn cikgu-cikgu yang dah banyak berjasa mencurahkan ilmu dekat kami yang jahil ni. Shahir tak dapat join sebab dia ada benda nak buat dekat Bagan Serai. Jadi aku dengan Afiq ja la. Agak segan, sebab dua orang ja yang masuk. Kalau tak Ebar pon ada tapi dia kena keja pagi tu.
Dekat dalam tu aku jumpak dengan cikgu Zuriah, Cikgu Maisarah, Cikgu Razaman. Ehhh lupaaaa... Waktu dalam pejabat, sebelum aku tandatangan pengambilan sijil tu, aku ada jumpak Cikgu Sejarah kami, Cikgu Rosli. Hahaha tak banyak yang berubah. Lepas ja keluar dari bilik guru, aku dengan Afiq pegi la pusing-pusing sekolah tu. FUHHHH... Senyap budak-budak skolah ni... Tak macam zaman aku dulu.
Lepas tu kami lalu dekat depan bilik kaunseling. Alang-alang dah lalu situ, jumpak la kaunselor, Cikgu Zainab. Haaaa bersembang la kami dengan cikgu. Pastu aku cakap, "Waaaa kami lalu dekat sekolah ni semua senyap-senyap, asl pengetua baru ni garang ka?". Pastu cikgu gelak-gelak sambil cakap, "Hahahaha, hangpa kalau nak tau budak-budak ni tengah periksa pertengahan tahun, ingat satu keajaiban ka tetiba semua senyap". Hahahahaha gelak-gelak aku dengar. Aku ingat ka tetiba budak dekat sekolah tu berubah.
Kalau tak nak baca dari atas, Baca dari sini dah cukup....
K, waktu tengah bersembang dengan cikgu td, aku dapat satu input yang aku rasa kena sangat dengan diri aku. Cikgu cerita la, kenapa budak-budak yang tak skor spm tetiba leh skor cemerlang dekat matrik.
"Sebabnya hangpa semua waktu mula-mula masuk, penuh dengan rasa rendah diri. Tak ada cara lain nak memajukan diri hangpa kecuali cuba untuk skor dekat situ. Lagi satu, orang yang selalunya dah berjaya ni senang sangat lupa yang benda yang depa dah dapat tu tinggai kenangan macam tu ja. Ada bnda lagi penting yang depa kena ambik, dalam kata lain terlalu yakin".
Astagfirullahalazim...... Istigfar aku dalam hati. Aku dapat rasa benda tu jadi sendiri dekat aku. Ya la sebab aku sem 1 result ok. Pastu dah masuk sem 2 dah mula main-main, rasa semua benda senang, malas, pastu ada perasaan "ego".
Diriwayatkan hadith daripada Sufyan bin Wahab al-Khuza’I berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Adakah tidak memberitahu aku kepada kamu dengan ahli-ahli syurga? Tiap-tiap seorang mereka dhaif (lemah dengan dunianya), dan dilemahkan (oleh amalan dan ibadahnya kerana mencari kesejahteraan akhirat). Seandainya bersumpah mereka kerana Allah nescaya memperbaikinya (yakni, memperbaiki sumpahnya).Adakah tidak memberitahu aku kepada kamu dengan ahli-ahli neraka? Tiap-tiap seorang daripada mereka(bersifat) sombong, kasar, (dan) takbur.’ [Hadith at-Termidzi]
Konklusi : Lepas ni aku try ubah cara pemikiran, cuba untuk menanam sifat rendah diri...
oittt follow akuh balek
ReplyDeletedah2
ReplyDelete