بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Allahuakbar.. sedar tak sedar, dah 2 tahun aku dekat USM. Kejapnyoo ai! Pastu sedar tak sedar, blog aku ni lama gila terbiar. Busy nak bagi elok pointer yang tak berapa elok. Tahap sedar diri tu lambat sampai kat diri aku ni. Waktu 1st year 1st sem, aku ingat suasana universiti sama macam matrik dulu, tapi aku silap banyak la. Tu pon lepas dapat result sem satu, tak sedar lagi tu waktu sem 2. Dah kena waktu sem 2 baru hati aku terdetik nak belajar elok-elok. Final exam sem 3 ni baru ja lepas. Alhamdulillah aku dapat rasa keadaan waktu jawab exam haritu lagi baik dari 2 sem sebelum ni. Faktor aku tak skor waktu 1st year? "GAME".. Ya la waktu matrikulasi dulu aku mana ada laptop, cc dekat area situ pon tak berapa elok. Tak ada pilihan, study ja la keja aku tiap hari. Tu pasal skor waktu matrik dulu.
__________________________________________________
Waktu hari pertama study week, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) kampus aku ada jemput penceramah jemputan. Tau sapa? Ustaz Don baq hang. Selalu tengok dia dalam tv tenang ja. Tapi bila jumpa depan-depan, sempoi orangnya haha. Dia cerita pasal kehidupan dia dekat Mesir dulu. Dia bagitau paras ekonomi orang dekat sana. Bayangkan gaji pensyarah universiti dekat sana punya la sikit. Tu pasal orang mesir dulu buat reformasi. Menganggur, kalau kerja pun gaji sikit.
Tujuan PMI jemput Ustaz Don haritu sebab nak mengetuai bacaan yassin, solat hajat & bagi sikit ceramah pasal final exam yang mendatang. Lepas solat hajat, waktu ceramah tu, ustaz ada buat pertanyaan umum. "Jawab sendiri, sendiri niat sendiri tau. Ada tak yang mintak waktu solat hajat tadi nak jadi anak soleh & solehah untuk mak ayah dia selain daripada dapat result gempak waktu final nanti?". Allah.. Terasa aku waktu tu. Memang dalam niat aku waktu solat hajat tadi hampir 100% mintak nak dapat result elok.
"Hangpa jangan lupa, tiap-tiap benda yang hadir, terutama pelajar, redha datang dari dua belah pihak. Satu, ibu ayah. Kedua, guru. Hangpa hormat dak guru hangpa? Hangpa tanya kabaq dak kat depa? Hangpa penah bawak pisang ka kuih-kuih ka sebelum tanya soalan?"
lebih kurang macam tu dia cakap.. pekat loghat utara dia.. baru aku tau ustaz dulu sekolah menengah agama nibong tebal.
Lepas tu aku sedar, aku ada buat apa-apa salah waktu 1st year dulu? Memang...
No comments:
Post a Comment