4 Musim


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah lebih sebulan blog aku ditinggalkan usang tanpa diupdate!!! Perkataan siswa yang aku pegang menyibukkan diri aku. Tapi Alhamdulillah aku sempat jugak update blog ni kali ni.

Minggu lepas, tarikh 7 -9 Oktober, aku dan rakan-rakan satu pusat pengajian pergi ke kem Pimpin Siswa. Kem ni wajib disertai oleh semua pelajar-pelajar tahun satu. Kalau tak pergi? Tak boleh graduate. Aku ditempatkan di kem Perik, Kuala Nerang, Kedah. Macam-macam pengalaman terbaik yang aku peroleh dari kem tu. Aktiviti yang kami buat? Main selut, mandi dalam kolam lintah (tapi tak jumpa pon lintah xD), dan dalam kem ni aku berkesempatan sembelih ayam buat kali pertama seumur hidup. Tapi perkara yang paling menarik terjadi kepada diri aku, memakai "banner" besar sebab tanda nama yang diberikan kepada aku tercicir sewaktu aktiviti "nightwalk". Macam mana boleh jatuh? Tak tau... Dalam kem tu aku sorang ja yang pakai *bangganya.






__________________________________________________

Dengan nama Allah yang pengasih lagi maha penyayang
Pada hari Rabu, 2 hari sebelum aku berangkat ke Kem Pimpin Siswa, aku telah menghadiri usrah aku yang pertama sejak hampir sebulan berada di USM transkerian. Alhamdulillah aku dapat berkenalan dengan senior-senior serta rakan-rakan lain yang mengikuti usrah dengan aku. Tajuk utama perbincangan kali ini adalah "Usaha then u get".

Selepas membaca terjemahan surah Ali-Imran ayat 47,
"Dia (Maryam) berkata "Ya Tuhanku, bagaimana mungkin aku akan mempunyai seorang anak, padahal tidak ada seorang laki-laki pun menyentuhku?" Dia (Allah) berfirman " Demikianlah Allah menciptakan apa yang dia kehendaki. Apabila dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu."

Naqib aku menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi kepada Maryam, iaitu ibu yang mengandungkan seorang nabi, tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki. Diceritakan kepada aku malam itu bahawa sewaktu Maryam sedang mengandung, Allah telah memberikan makanan kepada Maryam. Makanan tersebut dihantarkan kedalam bilik dia. Tapi sewaktu Maryam sedang tenat selepas melahirkan nabi Isa A.S, Allah menyuruh Maryam menggoncang pokok tamar dengan sendiri. Sebut naqib aku, " Adakah Allah kejam terhadap Maryam? Sedangkan sewaktu dia mengandung dulu, Allah telah menghantarkan makanan ke dalam bilik dia? ". "Agak-agak, pernah tak tengok orang tak study, tapi dapat result lagi gempak dari kami semua?", soal naqib aku. "Pernah". " Tu merupakan kelebihan yang Allah berikan kepada orang-orang tertentu, tapi mesti ingat bila sampai satu tahap, orang yang tidak belajar tidak akan dapat follow up apa yang diajar. Mesti sekurang-kurangnya usaha sedikit". 

Para ulama' ada melakukan perbincangan tentang kisah yang terjadi kepada Maryam dan bersepakat bahawa Allah hendak mendidik umat yang akan datang supaya berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Ehhh apa ni wei?? Weiiii kalau nk cerita pon elok-elok la.. Tengok tajuk tu....
4 Musim, apa kaitan kisah Maryam ni dengan tajuk?

4 Musim ni  merupakan isi yang diceritakan kepada kami sewaktu majlis penutupan Kem Pimpin Siswa di Perik minggu lepas. Sewaktu ceramah ringkas yang disampaikan oleh Penolong pendaftar USM (kalau tak silap), beliau ada menceritakan, 

"Kebanyakan negara yang maju adalah negara yang mempunyai 4 Musim. Kenapa?"

Sebab mereka terpaksa berusaha menggunakan kemampuan otak untuk berfikir cara menangani masalah yang akan mereka hadapi sepanjang 4 musim tersebut sekaligus membuatkan otak mereka matang untuk terus maju kehadapan. Samalah macam kisah Maryam, kita sepatutnya berusaha menghadapi cabaran agar kita menjadi lebih matang.

__________________________________________________


KONKLUSI : Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek...

Perserta Kem Pimpin Siswa Siri kedua 2011/2012


4 comments:

  1. wow mcm sme je usrah kite.
    ritu kne tadabur, aku dpt cite psl nii laa.
    surah maryam mse tu.
    sme cite die :)

    ReplyDelete
  2. haha naqib ko ada contact dgn naqib aku kot xD

    ReplyDelete
  3. Ada typo error da... Allah berfirman.. Bukan berfirkan...

    ReplyDelete