Maulid


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

12 RabiulAwal.. Apa yang special pasal tarikh ni? Allahumma solli'alla Muhammad. Maulidur Rasul ataupun bahasa singkatan, Maulid. Kalau perhati dekat facebook, twitter (ehemm aku baru buat 2 hari lepas haha), banyak post, gambar-gambar yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Tapi kita tau tak tarikh kewafatan Rasulullah? Kebanyakan (dari sumber yang boleh dipercayai ) 12 RabiulAwal jugak.. Dalam saat sama perasaan gembira dan sedih tu bercampur.

Ni huraian Ustaz Azhar Idrus pasal sambutan Maulidur Rasul (terima kasih syabab musafir kasih sebab ringkaskan ceramah tu :D ) :

   1. Tiada sebarang hadis yang suruh kita sambut Maulidur Rasul
  2. Tiada Ibadat afdal yang dianjurkan pada hari Maulidur Rasul, cuma ulama ada kata :

"Apabila kita buat sambutan Maulid, ingatan seperti ini adalah tanda kasih sayang kita kepada Rasulullah s.a.w. hukumnya adalah harus, tak salah dengan syarak, tak buat perkara yang bertentangan dengan syarak"

  3. Jadi, tidak ada pun sebarang amalan yang tertentu yang afdhal daripada yang lain. Orang tanya kepada Dr. Ahmad al-Syarbasi ( tokoh ulama semasa), dalam kitab "Yas'aluunaka fi al-Diin", dijawab : 

"Semua amalan kebajikan kita buat pada hari mauliddurrasul, dengan niat untuk mendamping diri pada Allah tanda kita kasih kepada Rasul, seperti berselawat, membaca al-Quran, bersolat dan seumpamanya dapat pahala di sisi Allah."

__________________________________________________

Hassan Bin Thabitr.a salah seorang sahabat Rasulullahs.a.w. yang utama dan penyair Islam yang agung dizaman Rasulullah,telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat sekali.Kesedihan yang dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak yang ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah:
“duhai ,engkaulah biji mataku

Dengan kematianmu,

aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yang ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku,hanya risau haru dengan pemergianmu…..”





Tahun 2

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Allahuakbar.. sedar tak sedar, dah 2 tahun aku dekat USM. Kejapnyoo ai! Pastu sedar tak sedar, blog aku ni lama gila terbiar. Busy nak bagi elok pointer yang tak berapa elok. Tahap sedar diri tu lambat sampai kat diri aku ni. Waktu 1st year 1st sem, aku ingat suasana universiti sama macam matrik dulu, tapi aku silap banyak la. Tu pon lepas dapat result sem satu, tak sedar lagi tu waktu sem 2. Dah kena waktu sem 2 baru hati aku terdetik nak belajar elok-elok. Final exam sem 3 ni baru ja lepas. Alhamdulillah aku dapat rasa keadaan waktu jawab exam haritu lagi baik dari 2 sem sebelum ni. Faktor aku tak skor waktu 1st year? "GAME".. Ya la waktu matrikulasi dulu aku mana ada laptop, cc dekat area situ pon tak berapa elok. Tak ada pilihan, study ja la keja aku tiap hari. Tu pasal skor waktu matrik dulu.

__________________________________________________

Waktu hari pertama study week, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) kampus aku ada jemput penceramah jemputan. Tau sapa? Ustaz Don baq hang. Selalu tengok dia dalam tv tenang ja. Tapi bila jumpa depan-depan, sempoi orangnya haha. Dia cerita pasal kehidupan dia dekat Mesir dulu. Dia bagitau paras ekonomi orang dekat sana. Bayangkan gaji pensyarah universiti dekat sana punya la sikit. Tu pasal orang mesir dulu buat reformasi. Menganggur, kalau kerja pun gaji sikit.

Tujuan PMI jemput Ustaz Don haritu sebab nak mengetuai bacaan yassin, solat hajat & bagi sikit ceramah pasal final exam yang mendatang. Lepas solat hajat, waktu ceramah tu, ustaz ada buat pertanyaan umum. "Jawab sendiri, sendiri niat sendiri tau. Ada tak yang mintak waktu solat hajat tadi nak jadi anak soleh & solehah untuk mak ayah dia selain daripada dapat result gempak waktu final nanti?". Allah.. Terasa aku waktu tu. Memang dalam niat aku waktu solat hajat tadi hampir 100% mintak nak dapat result elok. 

"Hangpa jangan lupa, tiap-tiap benda yang hadir, terutama pelajar, redha datang dari dua belah pihak. Satu, ibu ayah. Kedua, guru. Hangpa hormat dak guru hangpa? Hangpa tanya kabaq dak kat depa? Hangpa penah bawak pisang ka kuih-kuih ka sebelum tanya soalan?" 

lebih kurang macam tu dia cakap.. pekat loghat utara dia.. baru aku tau ustaz dulu sekolah menengah agama nibong tebal.

Lepas tu aku sedar, aku ada buat apa-apa salah waktu 1st year dulu? Memang...





Blogging balik..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah lebih setahun aku tinggal blog aku ni usang, tak ada post baru.. Ramadhan ni mungkin permulaan baru aku untuk menulis agaknya.. hehe.. Diri terlalu alpa sehingga lupa tugas hamba di muka bumi ni.

__________________________________________________

Ramadhan aka bulan puasa.. Apa yang ada dalam kepala semua org? Tak makan minum waktu siang, bazar ramadan, makan sedap-sedap waktu berbuka, tawarih (erk), dan lagi satu, mercun! Ada 2 hari sebelum puasa aritu, ada budak sekolah ni datang kat aku tanya, "Abang mercun dah ada jual belum?", tergelak-gelak aku sambil jawab, "Pi tanya pak ngah(ayah aku) bila nak ambik dekat agent"..

Lagi satu, semalam dah mula terawih, Alhamdulillah 4 saf penuh.. Aku ingat lagi tahun lepas, 1 Ramadan 3 saf penuh ja. Tapi tahun ni tak macam tahun-tahun sudah, kawan-kawan sebaya aku kebanyakan dah tak ada (bukan meninggal tapi tak berterawih sekali), sebab semuanya sambung belajar, buat kerja untuk tanggung perbelanjaan sem depan.

Tapi benda yang paling aku rindukan, "suasana" bulan puasa masa aku kecik-kecik dulu. Aku mula pergi terawih waktu darjah 4, pergi sendiri woo bukan tumpang-tumpang ayah.. hehe... Waktu ni aku pergi bukan nak berterawih sangat pon, tapi nak main aci ligan, main mercun dengan member-member.. Waktu tu darjah 4 dengan tingkatan 3 pon boleh kamceng. Tapi nak menghormati orang yang tengah sembahyang tu, kami join la sekali. Budak-budak la katakan... Kadang-kadang buat 8 ataupun 4 rakaat pastu pegi sambung main dengan budak-budak. Jujur aku rindu sangat suasana macam tu.

Tapi sekarang ni, budak-budak yang lepak dekat masjid macam skiema semacam ja haha. Kalau aku dapat tengok gelagat budak-budak tu macam zaman aku kecik-kecik dulu pun dah memadai. Tapi semalam, memang lain sangat..


Marhaban ya Ramadhan...